Friday, April 4, 2014

Tazkirah Facebook 95 (Mac 28, 2014)



Hendak menemui guru/mursyid/mu’allim yang benar, memang susah.
Tapi, hendak menemui murid yang benar… lebih susah.

Tazkirah Facebook 94 (Mac 28, 2014)



Membaca/mendengar satu tazkirah lalu terus mengamalkannya
adalah lebih baik daripada membaca/mendengar ribuan tazkirah
tapi sekadar untuk menjadikannya halwa mata dan telinga.

Tazkirah Facebook 93 (Mac 28, 2014)



Bukan semua orang mahu diagamakan.
Isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut pun tidak mahu diagamakan.
Padahal suami mereka nabi-nabi.

Anggaplah ia fitrah dalam perjuangan.

Bukan semua orang suka didakwahkan.
Bukan semua orang rela dilibatkan dalam gerak kerja perjuangan.
Bukan semua orang menerima jika diberi fikir umat dan fikir iman.

Kerana hal itu memang fitrah dalam perjuangan.

Jangan putus harapan!

Bukan semua orang tidak mahu diagamakan.
Bukan semua orang tidak suka didakwahkan.
Bukan semua orang tidak  rela dilibatkan dalam gerak kerja perjuangan.
Bukan semua orang tidak menerima jika diberi fikir umat dan fikir iman.

Kita lebihkan usaha kepada mereka yang mahu
tanpa berputus asa terus terhadap mereka yang tidak mahu.

Ini juga fitrah dalam perjuangan.