“Abu, kebun aku kena
serang dengan kera le.”
“Ye ke?”
“Iye. Habis buah-buah dan
pokok-pokok aku dijahanamkan. Ni aku nak upah engkau pergi tembak kera-kera di
kebun aku tu. Boleh ke?”
“Eh, insya-Allah beres!
Nanti petang aku pergi.”
“Ok, nanti aku bayar
upahnya.”
“Baik.”
Petang itu Abu pun pergi
ke kebun Ali dengan senapang kampungnya, tapi… Abu gagal menembak seekor kera pun.
Mengapa ya? Kerana Abu tidak kenal pun yang mana satu haiwan yang dinamakan
kera itu!
Untuk menghapuskan kera di
kebun, kenalah kenal yang mana satu kera terlebih dahulu. Jika tidak kenal, apa
yang hendak ditembak? Apa yang hendak ditangani?
Begitu jugalah halnya
dengan sifat-sifat mazmumah. Hendak mengekang, menghilang atau menghapuskan
sifat-sifat mazmumah dalam diri kita, hendaklah kita mengenal sifat-sifat
mazmumah itu dari segi punca-puncanya, tanda-tandanya dan cara-cara
mengubatinya. Mana mungkin memburu sesuatu yang tidak kita kenal. Begitulah
antara maksud Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumiddin.
Sudahkah kita
mengetahuinya? Ada guru kita mengajarkannya? Ada jemaah kita menerapkannya?
No comments:
Post a Comment