Kita guru kategori yang mana?
Ada guru yang bertungkus-lumus mahu menjayakan
murid-muridnya dalam kehidupan di dunia (yang sementara, yang mungkin untuk
hidup selesa selama 70-80 tahun).
Ada guru yang bertungkus-lumus mahu menjayakan
murid-muridnya dalam kehidupan di akhirat (yang selama-lamanya itu).
Ada guru yang bertungkus-lumus mahu menjayakan
murid-muridnya dalam kehidupan di dunia dan
dalam kehidupan di akhirat. Tarbiyyahnya SEIMBANG.
Kita guru kategori yang mana?
Umumnya semua orang adalah guru kepada orang-orang
di bawahnya.
Ibu bapa guru kepada anak-anak.
Pemimpin guru kepada rakyat.
Abang kakak guru kepada adik-adik.
Majikan guru kepada pekerja.
Orang tua-tua guru kepada orang muda-muda.
Dan sebagainya.
Kita guru kategori yang mana?
Seimbangkah tarbiyyah kita?
Ke mana kita hendak membawa manusia?
No comments:
Post a Comment