Iman (tauhid), Islam (fiqh) dan ihsan (tasawuf)
Ketiga-tiganya tidak boleh dipisahkan, tidak boleh
ditinggalkan.
Tidak boleh ambil satu tolak dua.
Tidak boleh juga ambil dua buang satu.
Apatah lagi jika mengetepikan ketiga-tiga.
Mestilah belajar dan mengamalkan ketiga-tiga.
Mana yang sudah ada, mana yang belum?
Mana yang sudah tahu, mana yang masih belum atau sangat
kurang tahu?
Ada usaha untuk tahu?
Atau buat-buat tak tahu?
Ataupun selama hari ini berasa ada salah satu yang tidak
perlu?
Aduh, malangnya jika benar begitu!
Tidak pernah tahu?
Tidak pernah diberitahu?
Dengan siapalah selama ini berguru?
Kumpulan apakah yang selama ini mentarbiyyah dirimu?
Sampaikan yang sangat penting dibiarkan berlalu?
Agama ada 3 tungku – tauhid, fiqh, tasawuf.
Usahalah segera jangan ditunggu.
Seimbangkan ketiga-tiga tungku,
nescaya cantiklah kawah menumpang
kerana kuah di dalamnya tidak tumpah terbuang
hasil tiga tungku yang teguh seimbang.
Gunakan mata hati, bukan mata muka.
Itulah mata yang hampir-hampir tiada had.
Boleh melihat sesuatu yang sangat jauh mahupun sesuatu
yang sangat dekat.
Yang boleh memandang ke sebalik dinding ataupun ke dalam
zulmat.
Mata yang mampu menyaksikan bau, bunyi, perasaan,
tersirat…
Ambil masa… buat renungan.., dan pastikan ada tindakan
yang dibuat.
No comments:
Post a Comment