Taat/patuh
(kepada perintah Tuhan) itu satu nikmat yang sangat lazat, tetapi
syaitan dan nafsu menyalutnya dengan pelbagai dongengan, sehinggakan
kita berasa taat/patuh itu suatu bebanan.
Kita
lebih yakin... bahawa ketaatan dan kepatuhan itu akan membuatkan
kehidupan kita tidak selesa, dan terlepas begitu banyak kenikmatan
dunia.
Kita
juga awal2 lagi sudah tidak yakin, bahawa ketaatan/kepatuhan akan
membuatkan hidup kita selesa, hati kita tenang dan hidup kita bahagia.
Sebab itu ramai manusia memilih untuk tidak taat/patuh. Mereka memilih-milih. Jika
perkara yang disuruh ditaat/patuh itu 'menyedapkan' mereka, mereka akan
taat dan patuh. Jika perkara yang disuruh taat/patuh itu tidak
'menyedapkan' mereka, mereka suka memilih untuk tidak taat/patuh.
Terimalah Islam secara keseluruhan, bukan secara memilih-milih.
No comments:
Post a Comment