Dalam
mengusahakan keduniaan
dalam mengejar keduniaan
kita sanggup menggunakan dan mengorbankan
banyak masa
banyak tenaga
banyak minda
banyak wang dan harta
juga waktu rehat dan waktu berhibur kita.
Kita
tidak kisah (tak hirau sangatlah)
sekiranya
kekurangan atau kehilangan itu semua
bahkan
kita berasa lazat mengusahakan
keduniaan
yang kita kejar itu.
Namun
dalam mengusahakan keagamaan
dalam
mengejar keagamaan
kita
sangat berkira tentang penggunaan
masa
kita
tenaga
kita
minda
kita
wang
dan harta kita
juga
waktu rehat dan berhibur kita.
Kita
jadi sangat kisah (sangat berkira dan sensitif)
bahkan
sering berasa berat dan mahu tak mahu.
Jika
terpaksa dibuat pun, sekadar ada,
sekadar
melepaskan batuk di tangga.
Kita
berasa sangat rugi kalau berkurangnya atau hilangnya itu semua.
Tak
sanggup rasanya mengorbankan itu semua
untuk
usaha-usaha pada jalan agama.
Seboleh-bolehnya
kita mahu meminimunkan
penggunaan
masa, tenaga, minda, wang, harta, rehat dan hiburan kita
untuk
mengusahakan hal ehwal keagamaan.
Tetapi
seboleh-bolehnya kita mahu memaksimakan
penggunaan
masa, tenaga, minda, wang, rehat dan hiburan kita
dalam
mengejar hal ehwal keduniaan, seperti mengejar
pangkat
kedudukan
di mata manusia dan jin
penghormatan
dan pengiktirafan mereka
redha
dan kasih sayang mereka
gaji
dan pendapatan
wang
dan ekonomi
harta
benda
kesenangan
dan kemewahan
kekuasaan
kecantikan
kekuatan
dan
sebagainya.
Koreksi
diri...
No comments:
Post a Comment