Diri kita umpama
sehelai kertas. Warnanya putih kerana banyaknya kebaikan yang kita buat.
Apabila kita melakukan satu-satu kesalahan sama ada disengaja atau
tidak, terpalit setitik dakwat hitam di atasnya. Begitu juga jika kita
punya sesuatu kelemahan.
Biasanya
manusia akan terdorong untuk melihat titik hitam yang sedikit itu
berbanding keseluruhan kertas yang putih. Biasanya manusia terdorong
untuk menghukum kita berdasarkan titik hitam, bukannya keseluruhan
kertas yang putih.
Kebaikan
kita walau sebanyak mana pun, susah orang hendak nampak dan iktiraf.
Tapi kesalahan, kesilapan atau kelemahan kita walaupun kecil, cukup
cepat orang nampak.
Oleh
itu, berhati-hatilah. Berusahalah agar kertas putih kita tidak terpalit
apa-apa kotoran lain, sekalipun kecil. Kerana selalunya manusia
menghukum kita dengan melihat kotoran yang sedikit itu.
No comments:
Post a Comment