Wednesday, February 6, 2013

Tazkirah Facebook 45 (Oktober 25, 2012)



Beri sehelai kertas kosong dan sebatang pen kepada anak atau adik kita. Beri dia masa dua minit, minta dia tuliskan nama-nama artis atau ahli sukan yang dia ingat. Cukup dua minit, semak senarai yang dia buat. Biasanya penuh muka surat dan tak cukup waktu menulis. Begitulah keupayaan generasi muda hari ini.

Beri sehelai kertas kosong dan sebatang pen kepada anak atau adik kita. Beri dia masa dua minit, minta dia tuliskan nama-nama ulama yang dia ingat. Cukup dua minit, semak senarai yang dia buat. Biasanya banyak ruang kosong dan senarainya pendek. Tidak sampai setengah minit, dia sudah tidak tahu apa yang hendak ditulis. Kadang-kadang nama ustaz ustazah yang bukan ulama pun ditulisnya juga. Begitulah keupayaan generasi muda hari ini.

Ambil sehelai kertas kosong dan sebatang pen. Dalam masa dua minit, KITA PULA cuba senaraikan nama-nama artis atau ahli sukan. Dapatkah kita memenuhkan helaian kosong itu? Insya-Allah mudah sahaja. Begitulah keupayaan generasi tua hari ini.

Kemudian… ambil sehelai kertas kosong dan sebatang pen. Dalam masa dua minit, KITA PULA cuba senaraikan nama-nama ulama. Dapatkah kita memenuhkan helaian kosong itu? Begitulah keupayaan generasi tua hari ini.

Dengan generasi tua dan generasi muda yang rata-ratanya sebegini, kita sudah boleh mengagak keupayaan generasi umat Islam yang akan datang. Adakah kita hendak membiarkan sahaja keadaan sebegini berterusan?

Perubahan bermula pada diri sendiri. Jangan hanya berharap orang lain untuk berubah, melainkan kita sendirilah yang mesti berubah terlebih dahulu. Dan … perubahan itu mestilah bermula dari sekarang!

Tazkirah Facebook 55 (Januari 26, 2013)




Jika akhir-akhir ini diri kita berasa semakin jauhhhh daripada tarbiyyah, dakwah, majlis-majlis pengajian agama, orang-orang soleh, guru-guru.......(sedangkan dulunya kita agak/ memang rapat dengan semua itu)....... maksudnya ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan kita kini. Mari 'check' amal-amal kita... (yang telah kita buat dan yang sedang kita buat) ....... mungkin ada jawapanny

Sebaliknya... jika akhir-akhir ini berasa diri semakin rapat dan erat dengan tarbiyyah, dakwah, majlis-majlis pengajian agama, orang-orang soleh, guru-guru... maksudnya Tuhan sedang menghalakan kita ke jalan-Nya.

Ini salah satu cara saya bermuhasabah. Mungkin berkesan juga untuk anda.

Ambil masa dan buat renungan kendiri... ke mana dan di mana kita akhir-akhir ini...
Tidak sekadar merenung... bertindak!

Jangan terpedaya dengan fahaman jabbariyyah… “Apa yang Allah beri sudah tentu yang terbaik buat kita”.  Kalimah sebegitu akan mendorong kita menafikan usaha, tindakan dan tanggungjawab tanpa kita sedari, (sebab itu pentingnya ke majlis-majlis pengajian ilmu tauhid untuk memahami penjelasan sebenar dalam hal ini). Umumnya, Allah tak akan beri yang terbaik jika kita tidak berusaha, tidak mengambil tindakan dan tidak mahu bertanggungjawab. Wallahua’lam.

Tazkirah Facebook 54 (Januari 17, 2013)


Murid : Cikgu, kenapa cikgu suka kaitkan pelajaran kita dengan agama?

Guru : Kerana... saya memang sangat suka kalau kamu berjaya dalam pelajaran dan hidup, tapi saya lebih suka kalau kamu berjaya di akhirat. Kejayaan di dunia ini bertahan sekadar puluh-puluh tahun, tapi kejayaan di akhirat adalah untuk selama-lamanya.

Tazkirah Facebook 53 (Disember 31, 2012)



Istiqamah memasukkan ilmu-ilmu agama ke dalam diri setiap hari.

Hari ini sudah ada ilmu agama yang baru yang masuk ke dalam diri? Semalam? Ataupun kekal hanya dengan ilmu yang dulu-dulu juga? Hitung diri sendiri... sudah berapa hari tidak ada ilmu-ilmu agama yang baru kita masukkan ke dalam diri kita?

Isitiqamah menyebarkan agama setiap hari.

Hari ini sudah menyampaikan apa-apa tentang agama kepada walau seorang? Semalam? Ataupun sudah lama tidak menyampaikan apa-apa berkaitan agama? Hitung diri sendiri, sudah berapa lama aku tidak memperkatakan tentang agama kepada orang lain?

Hari ini sudah duduk dalam majlis ilmu agama? Belum? Semalam? Tak ada? Minggu lepas? Tak ada juga? Bulan lepas? Juga tak ada?

Jadi... bila kali terakhir duduk-duduk dalam taman-taman syurga (iaitu majlis-majlis agama)? Bila kali terakhir berada di bawah naungan sayap para malaikat? Cuba jawab sendiri.

Patutlah hidup tak ada ketenangan dan kebahagiaan…….
Jika di dunia pun sudah tidak suka untuk duduk-duduk dalam taman-taman syurga, macam mana di akhirat nanti berharap untuk duduk dalam taman syurga sebenar?

Patutlah agama dan umat Islam masih tertindas di seluruh pelusuk dunia. Begini rupa-rupanya perilaku dan perjuangan yang mengaku muslim....... Apabila agama dan umat Islam dizalimi, kita marahkan pihak-pihak yang menzalim, padahal kita sendiri tidak ada saham dalam memperjuang dan menyelamatkan agama dan umat Islam.

Kesimpulannya, tindakan yang mesti kita ambil segera ialah :
1. Memasukkan sekuarang-kurangnya 1 ilmu agama yang baru ke dalam diri, setiap hari.
2. Menyampaikan sekurang-kurangnya 1 hal tentang agama kepada orang lain, setiap hari, sekalipun dengan hanya sepatah perkataan atau 1 isyarat.
3.Berada dalam majlis ilmu sekurang-kurangnya 1 kali dalam 3 hari. Jangan biar sampai 4 hari kosong tanpa majlis ilmu.

Ketiga-tiga amalan ini akan mengelakkan hati daripada mati, insya-Allah. Kita memang tidak sedar yang hati kita sudah mati, orang yang melihat kita yang selalu menyedarinya.

Hendak tahu petanda hati kita sudah mati? Apabila hati kita sudah mati, kita akan berasa tidak selesa dengan hal ehwal keagamaan, dan kita akan berusaha untuk mengelakkan dan menjauhkan daripada berbicara tentangnya. mengelak dan menjauhkan majlis-majlisnya, mengelak dan menjauhkan diri daripada orang-orangnya. Masing-masing boleh menilai diri sendiri.

Semoga bermanfaat.

-Al-Faqir Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook 52 (Disember 27, 2012)



Ada suami yang soleh, berjiwa da’i lagi berilmu agama, begitu juga isterinya.
Ada suami yang soleh, berjiwa da’i lagi berilmu agama, tapi isterinya tidak.
Ada pula suami yang  tidak/kurang soleh, tidak/kurang berjiwa da’i dan tidak/kurang berilmu agama, tapi isterinya ya.
Ada juga suami dan isteri sama-sama tidak/kurang soleh, tidak/kurang berjiwa da’i dan tidak/kurang berilmu agama.
Keempat-empat jenis pasangan yang disebutkan ini memang biasa kita lihat di sekeliling kita.

Pelajaran yang mahu kita ambil ialah :
1.       Yang mana satu cita-cita/idaman/harapan kita (dan pasangan/bakal pasangan kita)? Dan…….
2.       Dalam kelompok mana kita (dan pasangan/bakal pasangan kita) berada sekarang?

Dengan menjawab kedua-dua persoalan ini, insya-Allah jalan ke arah yang terbaik sudah mula terbuka, Cuma menunggu aksi kita seterusnya. Selepas mengambil pelajaran, sudah tentu ada refleksi/tindakannya, bukan sekadar ambil pelajaran sebagai hiburan hati. Sememangnya Allah yang menentukan segala, tapi yang sangat penting di sini ialah…… apa tindakan kita sekarang?

Semoga bermanfaat.

Wallahua’lam.