Hidup sudah lama
tapi masih belum dapat cahaya (an-nur).
Usia makin tua
tapi masih tercari-cari cahaya.
Lebih malang lagi…
ajal makin tiba
tapi tak tahu pun tentang cahaya
Macam mana hendak (mudah) mendapat cahaya
jika tidak pernah membaca Surah Cahaya (Surah An-Nur),
tidak diketahui maksudnya,
tidak diusaha cari rahsianya…
dan tidak diamalkan…
Patutlah sampai ke hari ini masih kelam.
Patutlah sampai ke hari ini masih gelita.
Jangan tunggu lama-lama
nanti nyawa diambil oleh pencabut nyawa.
Ketika itu menyesal tiada lagi guna.
Cahaya segala cahaya.
Cahaya sebenar cahaya.
(Pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin kita sudah masuk ke bab
yang membuatkan kita terpaksa membuka kitab Misykatul Anwar. Dalam kitab
Misykatul Anwar ini Imam Al-Ghazali menghuraikan hanya sedikit daripada Surah
An-Nur sehingga menjadi sebuah kitab, tetapi indah dan lazatnya tidak terkira. Nantikan
kupasan Misyaktul Anwar dalam fail-fail video Syarah Ihya’ yang kita upload. Selamat
berusaha menemui “Cahaya langit dan bumi”).
Assalammualaikum wbt.
ReplyDeleteustaz, macam mana kita mahu faham maksud surah An-Nur 2? saya sudah lama baca tapi masih juga tidak dapat cahaya.
Wlksm.
ReplyDeleteHendka mendapatkan kefahaman yang bagus, kenalah baca huraian Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Misykatul Anwar, ataupun huraian/pengajian2 lain yang setara dengannya.