Friday, April 4, 2014

Tazkirah Facebook 92 (Mac 28, 2014)



Banyak berbual tentang hobi,
kebesaran hobi masuk ke dalam diri.

Banyak berbual tentang politik,
kebesaran politik masuk ke dalam diri.

Banyak berbual tentang ekonomi,
(duit, pendapatan, gaji)
kebesaran ekonomi masuk ke dalam diri.

Banyak berbual tentang harta benda,
kebesaran harta benda masuk ke dalam diri.

Banyak berbual tentang sukan,
kebesaran sukan masuk ke dalam diri.

Banyak berbual tentang hiburan,
kebesaran hiburan masuk ke dalam diri.

Banyak berbual tentang kerjaya,
kebesaran kerjaya masuk ke dalam diri.

Banyak berbual tentang perniagaan,
kebesaran perniagaan masuk ke dalam diri.

Banyak berbual tentang kaum keluarga,
kebesaran keluarga masuk ke dalam diri.

Banyak berbual tentang pasangan,
kebesaran pasangan masuk ke dalam diri.

Berbuallah tentang itu semua
tetapi janganlah melampau.
Jangan terlalu banyak
sampaikan kebesaran agama, Rasulullah, Quran dan Tuhan
jadi kecil sahaja ruangnya dalam diri,
kerana ruang-ruang yang ada
sudah dpenuhi oleh kebesaran semua yang di atas tadi.

Banyaklah berbual tentang agama,
nescaya kebesaran agama masuk ke dalam diri.

Banyaklah berbual tentang Rasulullah,
nescaya kebesaran Rasulullah dan sunnah-sunnahnya masuk ke dalam diri.

Banyak berbual tentang Al-Quran,
nescaya kebesaran Quran masuk ke dalam diri.

Banyaklah berbual tentang Tuhan,
nescaya kebesaran Tuhan masuk ke dalam diri
lalu terkeluarlah  segala kebesaran makhluk.
Inilah yang termulia dan tertinggi.

………………………………..

Waspada!

Ketika kita di hujung nyawa,
kebesaran-kebesaran yang kita masukkan itulah
yang berada dalam dada.

Lagi banyak dan lagi besar kebesaran-kebesaran keduniaan
yang memenuhi diri ketika itu,
lagi susahlah hendak melepaskan nyawa.
Sebab itu keluar nyawanya kelihatan sengsara.

Tetapi hamba yang dirinya dipenuhi dengan kebesaran Tuhan
perginya mudah, tenang dan redha.
kerana tidak ada kebesaran makhluk di dalam dada
yang mahu dipertahankannya.

……………………………………..

Nak tahu apakah kebesaran-kebesaran yang berada dalam hati/diri kita selama ini?
Mudah sahaja caranya…

Apa yang paling banyak kita fikir
dan yang paling banyak kita suka untuk memperkatakannya
dalam sehari-hari…
itulah kebesaran yang paling besar pada kita
sama ada kita menyedari atau tidak menyedarinya.

Muhasabahlah diri.

Jika bukan pun hanya kebesaran Tuhan yang ada di dalam dada,
sekurang-kurangnya
jadikanlah kebesaran Tuhan itu yang paling besar
berbanding kebesaran hal-hal yang lain.

No comments:

Post a Comment