Ada suami yang soleh, berjiwa da’i lagi berilmu agama,
begitu juga isterinya.
Ada suami yang soleh, berjiwa da’i lagi berilmu agama,
tapi isterinya tidak.
Ada pula suami yang
tidak/kurang soleh, tidak/kurang berjiwa da’i dan tidak/kurang berilmu
agama, tapi isterinya ya.
Ada juga suami dan isteri sama-sama tidak/kurang soleh,
tidak/kurang berjiwa da’i dan tidak/kurang berilmu agama.
Keempat-empat jenis pasangan yang disebutkan ini memang
biasa kita lihat di sekeliling kita.
Pelajaran yang mahu kita ambil ialah :
1. Yang
mana satu cita-cita/idaman/harapan kita (dan pasangan/bakal pasangan kita)?
Dan…….
2. Dalam
kelompok mana kita (dan pasangan/bakal pasangan kita) berada sekarang?
Dengan menjawab kedua-dua persoalan ini, insya-Allah
jalan ke arah yang terbaik sudah mula terbuka, Cuma menunggu aksi kita
seterusnya. Selepas mengambil pelajaran, sudah tentu ada refleksi/tindakannya,
bukan sekadar ambil pelajaran sebagai hiburan hati. Sememangnya Allah yang
menentukan segala, tapi yang sangat penting di sini ialah…… apa tindakan kita
sekarang?
Semoga bermanfaat.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment