Katakanlah……. suatu hari
planet bumi bakal musnah. Semua penghuni bumi mesti menaiki kapal angkasa
berhijrah ke planet lain. Oleh kerana ruang pesawat sangat terhad, semua orang
mesti pergi dengan sehelai sepinggang
dan membawa kad pengenalan
sahaja, tidak boleh membawa suatu apa pun selain itu hatta sehelai kertas atau
sebatang pen sekalipun pun.
Setelah semua penduduk
bumi tiba di planet itu dan bumi musnah, rasa-rasanya kitab suci agama manakah
yang akan keluar (ditulis semula selengkapnya) terlebih dahulu?
Veda? Bible? Talmud?
Avesta? La Goligo? Tao Te Ching? Tripitaka? Lain-lain?
Percayalah, kitab suci
Al-Quranlah yang pertama keluar semula, bahkan mungkin satu-satunya kitab suci
yang terselamat? Mengapa? Kerana ada ramai umat Islam yang menghafaz
keseluruhan isi kitab itu. Yang menghafalnya secara terpisah-pisah (dalam
jumlah yang banyak) lagi ramai. Dalam masa yang singkat sahaja ia boleh ditulis
semula secara keseluruhannya di planet baru itu.
Kitab-kitab besar agama
lain? Ringkas kata, tidak ada manusia yang menghafalnya keseluruhannya. Secara
terpisah-pisah dalam jumlah yang banyak pun tidak ada. Jika usaha dilakukan
untuk mengumpul dan mencetaknya semula, pasti akan banyak lompong-lompong yang
akan lompong buat selama-lamanya.
Inilah salah satu
kelebihan Al-Quran. Kita mestilah rasa bertuah memilikinya. Kita mestilah
selalu membuka, memandang, membaca dan berfikir tentangnya. Kita sudah membuka,
memandang, membaca dan berfikir tentangnya hari ini? Jika belum lagi,
berniatlah untuk melakukannya : )
No comments:
Post a Comment