Friday, April 4, 2014

Tazkirah Facebook 100 (April 2, 2014)



Rasa lainlah
antara menghayati La Tahzan dengan menghayati Tazkirah Facebook…

Memanglah.

La Tahzan lebih kepada mententeramkan diri,
Tazkirah Facebook lebih kepada membangkitkan diri.

La Tahzan lebih kepada menghilangkan tekanan,
Tazkirah Facebook lebih kepada menyemarakkan perjuangan.

La Tahzan temanya “jangan bersedih”,
Tazkirah Facebook temanya “jangan berdalih”.

La Tahzan panjang-panjang,
Tazkirah Facebook pendek-pendek.

La Tahzan dicari oleh orang ramai (orang awam),
Tazkirah Facebook lebih dicari oleh orang khusus.

Insya-Allah kedua-duanya sangat bermanfaat
bagi semua orang yang mahu menggunakan akal fikirannya.

Selamat mengambil manfaat.

No comments:

Post a Comment