Bagai mencurahkan air ke
daun keladi, sekalipun daunnya berdegil menolak air, tetapi air yang jatuh ke
bumi tetap diserap oleh akarnya, dihantar kepada daun melalui batangnya. Air
yang jatuh ke bumi tadi, tetap dimanfaatkan oleh tumbuhan lain di sekitarnya.
Tumbuhan di sekitar pokok keladi akan mempengaruhi suasana dan keadaan pokok
keladi.
Berdakwah (contohnya
berkata-kata) kepada orang yang tidak mahu didakwah, sekalipun dia berdegil
menolak dakwah kita, tetapi sekurang-kurangnya ada juga sepatah dua perkataan
kita yang tersimpan dalam hatinya. Paling kurang pun gambaran dan suasana
ketika kita mendakwahkan dirinya itu, terakam juga sedikit dalam mindanya.
Selain itu, dakwah kita
kepadanya turut terdengar atau terpandang oleh orang-orang di sekelilingnya.
Orang-orang di sekitar mereka yang mengambil manfaat daripada dakwah kita itu,
tentunya akan membentuk persekitaran positif kepada si dia, yang akan
mempengaruhi juga si dia. Pusing ikut mana pun, air dakwah yang disiramkan ke
atas daun keladi kedegilan, tetap membawa manfaat sekalipun sedikit.
Sebab itu para pekerja
pada jalan Allah tidak mudah dikuasai jemu.
No comments:
Post a Comment