Friday, April 4, 2014

Tazkirah Facebook 88 (Mac 21, 2014)



Tazkirah kali ini sekadar mengulang kata-kata orang tua-tua
kerana memang sudah cukup cantik pelajaran dan pengajarannya.

1.       Kata orang tua-tua…

Sesal dahulu, ada mendapat.
Sesal kemudian, tidak berguna.

Lebih baiklah kita sesal dahulu.
Tapi ramai orang tidak ambil kisah untuk sesal kemudian.
Maka mereka pun menyesallah kemudian.

2.       Pesan leluhur kita…

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit (bersusah-payah terlebih) dahulu,
(Barulah) bersenang-senang kemudian.

Jadilah golongan yang bersakit-sakit terlebih dahulu,
bukannya mereka yang bersakit-sakit kemudian.

Jangan jadi orang yang bersenang-senang awalnya,
jadilah orang yang bersenang-senang kemudiannya.

Tapi ramai orang suka bersenang-senang terlebih dahulu,
dan tidak mahu ambil kisah pun
tentang  bersakit-sakit yang bakal dideritainya kemudian.
Maka…
Jadilah mereka golongan yang bersakit-sakit kemudian.

3.       Kata para pendahulu kita…

Kalau tidak dipecahkan ruyung (yang sangat keras itu),
bagaimana hendak mendapatkan sagunya?

Kenalah bersusah-payah memecahkan ruyung terlebih dahulu,
Barulah boleh mendapat sagu (iaitu hasilnya).

Tapi ramai yang pemalas dan enggan berusaha memecahkan ruyung,
sebaliknya seronok berangan-angan mahu mengecap sagunya sahaja.
Maka selama-lamanya mereka tidak berpeluang menikmati sagunya.

…………………..

Sikap sebeginilah antara yang menyebabkan :
kita jauh ketinggalan
kita banyak kerugian
kita dalam kelemahan
menyebabkan
musuh-musuh kita bertambah kekuatan
kita dalam kehinaan
kita dalam penindasan

Marilah jadi umat yang
menyesal dahulu dan berbahagia kemudian,
bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian,
pemecah ruyung dan memperoleh sagunya.

No comments:

Post a Comment