Rajin mendengar
ceramah popular memang bagus, tapi... rajin mendengar ceramah popular
DAN rajin juga mendengar kuliah bersiri (berkitab), adalah lebih bagus.
Ceramah
popular dapat mencetuskan rasa suka kepada agama dan ilmu-ilmunya.
Ceramah popular juga dapat mengekal malah menambahkan rasa itu bagi
mereka yang sudah sedia suka akan agama dan ilmu-ilmunya.
Namun
dengan hanya rajin mengikuti ceramah-ceramah popular, tidak dapat
menjadikan seseorang itu banyak ilmu agamanya walaupun memang ada
pertambahan. Tidak ada orang yang hanya menghabiskan usahanya mengejar
ceramah-ceramah popular bertahun-tahun, kemudiannya kita dapat tahu dia
berjaya menjadi seorang ilmuwan agama. Tidak ada.
Untuk
mendapatkan pemantapan, pelambakan dan pendalaman ilmu-ilmu agama, kita
hendaklah rajin pula mengikuti kuliah-kuliah bersiri. Terbukti, ramai
juga mereka yang rajin mengejar kuliah-kuliah bersiri, bertahun-tahun
selepas itu akhirnya berjaya pula menjadi seorang pengajar.
Teruskanlah
mendengar/mengikuti ceramah-ceramah popular, tapi luangkanlah juga masa
untuk mendengar/mengikuti kuliah-kuliah bersiri (sama ada secara
langsung ataupun melalui media seperti internet), sekalipun kita tidak
bercita-cita untuk menjadi seorang pengajar suatu hari nanti. Tapi...
takkanlah kita tak mahu mentarbiyyah isteri dan anak-anak? Cukupkah ilmu
dan motivasi dari ceramah-ceramah popular sahaja untuk mengajar agama
kepada mereka?
Ceramah
popular isinya bersifat umum. Huraian dan bahasannya terdapat dalam
pengajian berkitab. Oleh itu, jangan berpuas hati sekadar dengan menjadi
seorang peminat ceramah popular. Jadilah juga peminat tegar kuliah
bersiri (berkitab).
No comments:
Post a Comment