Awal pagi, elok kita niatkan : “Hari ini… aku akan fikir
yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik sahaja.”
Malam sebelum tidur… buat muhasabah : “Adakah hari ini
aku berjaya fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik?”
Sejurus sebelum tidur niatkan lagi : “Aku akan fikir yang
baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik.” Mohon Allah jayakan niat
murni kita ini.
Saranan kepada diri seperti ini dapat membantu dalam
melakukan perubahan atau peningkatan diri. Ia dapat membentuk dan meningkatkan
tenaga dalam. Boleh cuba.
Hari ini mungkin kita akan berbual dengan kumpulan
rakan-rakan kita. Sejurus sebelum pergi duduk dan berbual dengan mereka, cuba
niatkan : “Aku akan fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, baik, buat yang
baik-baik sahaja.” Tengok, diri kita boleh tahan tak daripada fikir
perkara-perkara yang tak baik, cakap perkara-perkara yang tak baik, dan buat
perkara-perkara yang tak baik ketika bersama-sama kumpulan rakan kita itu.
Boleh cuba praktikkan.
No comments:
Post a Comment