Belajar ilmu-ilmu agama
seumpama menyelam ke dalam lautan. Lagi diselam, lagi seronok. Lagi diselam,
lagi banyak benda-benda hebat yang kita temui. Lagi diselam lagi berasa
banyaknya kekurangan pengetahuan kita tentang isi lautan, membuatkan kita ingin
lebih tahu dan lebih tahu lagi.
Mula-mula terjun ke dalam
laut, kita dikelilingi air. Kita seolah-olah sedang terapung-apung atau terbang
dalam lautan air. Alangkah seronoknya. Kemudian kita nampak ikan-ikan. Pelbagai
jenis, beribu-ribu jumlahnya. Alangkah seronoknya. Selam lagi, terjumpa pula
haiwan-haiwan selain ikan. Selam dalam lagi, ternampak pula karang-karang laut
yang berwarna-warni. Bertambah seronok, selam lagi. Ketemu pula haiwan-haiwan
lautan yang aneh. Lebih dalam lagi, kelihatan pula haiwan-haiwan berlampu.
Makin diselam makin seronok. Makin diselam makin mahu mengetahui ilmu atau rahsia
seterusnya.
Kalau kita tidak menyelam,
kita rasa diri kita sudah cukup pengetahuan tentang lautan. Apabila menyelam,
barulah terasa diri kita banyak yang tidak tahu.
Begitulah halnya dengan
mempelajari agama. Marilah kita sama-sama menyelam ke dalam lautan agama tanpa
jemu. Insya-Allah kita akan bertemu dengan pelbagai keindahan di dalamnya.
No comments:
Post a Comment