Atas kasih sayangNya,
Allah menganugerahkan musim cuti sekolah kepada kita. Itulah masanya untuk
guru-guru dan murid-murid menambah ilmu-ilmu dan amal-amal agama.
Allah sedia tahu bahawa
guru-guru dan murid-murid sangat sibuk sepanjang tahun pada hari-hari
persekolahan, maka Dia memberi kelapangan kepada kita, agar kita punya ruang
secukupnya untuk mendalami ilmu-ilmu agama dan mengamalkannya.
Tidak ada alasan lagi
untuk kita berikan kepada Allah SWT pada hari akhirat nanti, kononnya kita yang
guru atau pelajar tidak punya ilmu agama yang utuh kerana kononnya kita tidak
punya masa untuk mendalaminya. Nampak sangat bohongnya : )
No comments:
Post a Comment