Apakah makhluk yang paling
mulia di muka bumi?
Manusia.
Apakah yang paling mulia
pada diri manusia?
Hatinya (kalbunya).
Maksudnya, yang paling
mulia pada diri makhluk yang paling mulia ialah hati (kalbu).
Apakah pekerjaan yang
paling mulia?
Tentulah pekerjaan yang
melibatkan makhluk yang paling mulia iaitu manusia, dan melibatkan perkara yang paling mulia pada
makhluk yang paling mulia, iaitu hati.
Apakah pekerjaannya?
Membawa atau mengarahkan
yang paling mulia itu iaitu hati kepada Tuhan.
Siapakah para pekerja itu?
Para ilmuwan agama,
guru-guru kerohanian, para pendakwah dan sesiapa sahaja yang mentarbiyyah
hati-hati manusia menuju kepada Allah.
No comments:
Post a Comment