Banyaknya
sumbangan aku untuk agama dan umat Islam…….
Betulkah banyak?
Apa sumbangan kita kepada agama dan umat
Islam? Apa USAHA kita?
Sudah berapa ramai yang tidak berminat dengan
agama, sudah kita berusaha minatkan?
Berapa ramai yang tidak ghairah untuk
beribadah, sudah kita ghairahkan?
Sudah berapa orang yang tidak mengerjakan
solat, sudah bersolat melalui usaha kita?
Lelaki yang sengaja tidak pergi solat
berjemaah, semakin rajin ke tempat berjemaah?
Berapa ramai pula yang tidak membaca Al-Quran,
sudah membacanya setiap hari?
Yang tidak minat berdakwah sudah berdakwah?
Yang belum sempurna menutup auratnya sudah
disempurnakan?
Yang menolak atau takut akan hukum-hakam Islam
sudah jinak dan mesra?
Yang tidak mengenal Tuhan sudah kita kenalkan?
Yang selama hari ini tersalah sembahan atau
tidak tepat sembahannya sudah kita betulkan dan tepatkan?
Yang sebelum ini tidak muslim, sudah muslim
melalui tangan kita?
Dan yang paaaling penting…
Sudah berapa orangkah orang Islam yang belum
selesai fardhu ‘ainnya (iaitu ilmu mukasyafah dan ilmu mua’malah) sudah kita
bantu selesaikan?
Muhasabah semula kerja-kerja kita selama hari
ini. Ke mana sebenarnya kita hendak mengajak dan melorongkan manusia? Masa yang
kita ada tidak banyak. Pastikan ia digunakan dengan jimat dan berkesan.
No comments:
Post a Comment