Friday, September 6, 2013

Tazkirah Facebook 56 (Februari 8, 2013)


1.       Ada orang memperjuangkan dirinya sahaja.
2.       Ada orang memperjuangkan orang-orang yang disayanginya.
3.       Ada orang memperjuangkan keluarganya.
4.       Ada orang memperjuangkan masyarakatnya.
5.       Ada orang memperjuangkan negaranya.
6.       Ada orang memperjuangkan agamanya.
7.       Ada orang memperjuangkan umatnya.
8.       Ada orang memperjuangkan sejagat.

Yang mana yang kita perjuangkan, dan yang mana yang kita tinggalkan selama hari ini?
Kita lebih tahu diri kita.

Cukupkah sekadar kita perjuangkan  nombor satu sahaja?
Cukupkah sekadar kita perjuangkan nombor satu, dua dan tiga sahaja?

Apa akan berlaku kepada agama dan umat Islam jika semua umat Islam hanya mahu memperjuangkan yang nombor satu sampai nombor tiga sahaja?

Jika umat Islam lemah, kita lebih salahkan musuh. Jika umat Islam teraniaya, kita lebih salahkan musuh. Tapi adakah kita secara aktif menyumbang apa-apa kepada agama dan umat Islam? 

1 comment:

  1. tapi bukankah lebih elok kita mula dari perjuangkan no1 - 3 dahulu. bila sdh mantap, bru boleh p no. 4 n seterusnya. dan terkadang ketika kita memperjuangkan no. 1 - 3 itu turut serta juga memperjuangkan no.6. waullahuaklam.

    ReplyDelete