Ada kalanya fikiran kita berserabut, runsing dan jadi
stress kerana kesalahan kita sendiri, iaitu kita suka sangat memikirkan rezeki
orang lain, bukannya memikirkan rezeki kita.
“Huh, orang depan tu sambung rumah dia pulak dah! Nak
buat tempat letak kereta kot. Entah dari mana le dapat duit tu!”
“Hah, orang macam dia tu boleh dapat kerja tu? Buta ke
apa mata penemuduga tu. Baik lagi aku. Tak boleh jadi ni!”
“Entahlah macam mana dia boleh naik pangkat. Padahal
ramai lagi orang lama yang belum naik. Jangan-jangan ada sesuatu tak……?”
‘Eh, engkau tak tahu ke si A pakai kereta baru? Koyak
plastik lagi! Dengar kata dia banyak hutang, beli pulak kereta baru. Tu mesti
berlagak kalau lalu depan kita tu!”
“Eleh, dia dulu pun teruk! Macam la orang tak kenal!
Melepak tepi-tepi jalan, sembahyang pun tak! Tup tup sekarang dah jadi ustaz,
berdakwah sana-sini. Tak payah la….!”
Begitulah contoh rezeki-rezeki orang lain yang asyik
merasuk pemikiran kita, sehinggakan begitu banyak masa kita terbuang hanya
untuk memikir dan mempertikaikannya. Akhirnya kita sendiri stress, kerja tak
siap, tak cukup masa, letih dan lain-lain.
Bukan kata tak boleh langsung bersuara dan mengambil
pelajaran daripada rezeki orang, tapi janganlah sampai fikiran kita terbeban
pula memikirkan rezeki-rezeki orang lain sehinggakan kita stress. Biar cakap
sekali lalu sahaja, lepas itu kita biarkan ia berlalu. Banyak lagi perkara
bermanfaat yang boleh kita fikirkan.
No comments:
Post a Comment