Istiqamah memasukkan
ilmu-ilmu agama ke dalam diri setiap hari.
Hari ini sudah ada ilmu
agama yang baru yang masuk ke dalam diri? Semalam? Ataupun kekal hanya dengan
ilmu yang dulu-dulu juga? Hitung diri sendiri... sudah berapa hari tidak ada
ilmu-ilmu agama yang baru kita masukkan ke dalam diri kita?
Isitiqamah menyebarkan
agama setiap hari.
Hari ini sudah
menyampaikan apa-apa tentang agama kepada walau seorang? Semalam? Ataupun sudah
lama tidak menyampaikan apa-apa berkaitan agama? Hitung diri sendiri, sudah
berapa lama aku tidak memperkatakan tentang agama kepada orang lain?
Hari ini sudah duduk dalam
majlis ilmu agama? Belum? Semalam? Tak ada? Minggu lepas? Tak ada juga? Bulan
lepas? Juga tak ada?
Jadi... bila kali terakhir
duduk-duduk dalam taman-taman syurga (iaitu majlis-majlis agama)? Bila kali
terakhir berada di bawah naungan sayap para malaikat? Cuba jawab sendiri.
Patutlah hidup tak ada
ketenangan dan kebahagiaan…….
Jika di dunia pun sudah
tidak suka untuk duduk-duduk dalam taman-taman syurga, macam mana di akhirat
nanti berharap untuk duduk dalam taman syurga sebenar?
Patutlah agama dan umat
Islam masih tertindas di seluruh pelusuk dunia. Begini rupa-rupanya perilaku
dan perjuangan yang mengaku muslim....... Apabila agama dan umat Islam
dizalimi, kita marahkan pihak-pihak yang menzalim, padahal kita sendiri tidak
ada saham dalam memperjuang dan menyelamatkan agama dan umat Islam.
Kesimpulannya, tindakan yang
mesti kita ambil segera ialah :
1. Memasukkan
sekuarang-kurangnya 1 ilmu agama yang baru ke dalam diri, setiap hari.
2. Menyampaikan
sekurang-kurangnya 1 hal tentang agama kepada orang lain, setiap hari,
sekalipun dengan hanya sepatah perkataan atau 1 isyarat.
3.Berada dalam majlis ilmu
sekurang-kurangnya 1 kali dalam 3 hari. Jangan biar sampai 4 hari kosong tanpa
majlis ilmu.
Ketiga-tiga amalan ini
akan mengelakkan hati daripada mati, insya-Allah. Kita memang tidak sedar yang
hati kita sudah mati, orang yang melihat kita yang selalu menyedarinya.
Hendak tahu petanda hati
kita sudah mati? Apabila hati kita sudah mati, kita akan berasa tidak selesa
dengan hal ehwal keagamaan, dan kita akan berusaha untuk mengelakkan dan
menjauhkan daripada berbicara tentangnya. mengelak dan menjauhkan
majlis-majlisnya, mengelak dan menjauhkan diri daripada orang-orangnya.
Masing-masing boleh menilai diri sendiri.
Semoga bermanfaat.
-Al-Faqir Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment