Facebook (dan apa sahaja media kita) seumpama
pakaian kita di depan orang ramai. Ia banyak membawa gambaran tentang
pemakainya, sekalipun tidak 100% tepat. Maka kita kena berhati-hati.
Hiasilah ia dengan tudung perkongsian, bukan
tudung keluhan. Nescaya orang tidak muak hendak melayarinya.
Pakaikan ia dengan kurung mendamai perasaan,
tidak kurung melepas kegeraman. Nescaya orang berasa selesa melayarinya.
Serikan ia dengan kain panduan, kurangkan kain
sindiran. Nescaya orang berasa aman di dalamnya.
Muliakan ia dengan jubah dakwah, sikitkan
jubah hal-hal keduniaan. Nescaya orang mendapat manfaat daripadanya.
Kemaskan ia dengan serban pengajaran, usahlah
serban tohmahan. Nescaya orang terfikir yang baik-baik tentangnya.
Maniskan ia dengan cincin tarbiyyah, hindarkan
cincin sumpah seranah. Nescaya orang gemar menjenguknya.
Pamerkanlah selendang pertimbangan, jangan
sesekali selendang ketaksuban. Nescaya orang memandang adil akan pemiliknya.
Solekkan ia dengan celak tazkirah, hindarkan memalit
celak ammarah. Nescaya berpahala pemilik dan tetamunya.
Jumpa lagi… dalam Tazkirah Facebook ke-30.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment