Begitu caranya buat
penilaian, ambil keputusan lalu ambil
tindakan?
Huh…! Engkau tidak adil!
Dia tidak adil! Mereka tidak adil! Apalah punya keputusan!!!
Bagaimana pula cara kita
sendiri membuat penilaian, ambil keputusan dan ambil tindakan?
Adakah kita seorang yang
adil?
Ataupun kita sama sahaja
dengan engkau, dia dan mereka yang di atas tadi?
Dalam kehidupan
sehari-hari, kita seumpama seorang hakim.
Katakanlah kita sedang menghakimi
dua pihak yang bertentangan.
Sudahkah kita mendengar
dan mengambil kira hujah kedua-dua belah pihak?
Ataupun kita hanya
mendengar dan mengambil kira hujah satu pihak lalu terus buat penilaian,
keputusan dan tindakan? Dan menghukum?
Sudahkah kita mendengar
dan mengambil kira kedua-dua belah pihak secara sama berat, ataupun
sekurang-kurangnya hampir sama berat?
Ataupun kita mendengar dan
mengambil kira hujah pihak A selama 10 jam dan pihak B 2 jam lalu terus buat
penilaian, keputusan dan tindakan?
Teliti surat-surat pihak A
3 hari, surat-surat pihak B 3 jam lalu terus buat penilaian, keputusan dan
tindakan?
Kita sendiri tidak adil,
tapi bising-bising apabila orang lain kita nampak tidak adil.
Maka marilah kita bersikap
adil lagi bijaksana dalam menilai, membuat pertimbangan, mengambil keputusan,
mengambil tindakan dan menghukum. Akan diminta pertanggungjawaban di akhirat
kelak segala ketidakadilan kita.
No comments:
Post a Comment