Wednesday, April 2, 2014

Tazkirah Facebook 78 (Oktober 26, 2013)



Antara tanda zuhud sudah bertunas dalam diri
ialah apabila kita semakin banyak meninggalkan keinginan
pada  barang-barang atau perkara-perkara kehendak,
dan semakin berasa  selesa berpada
dengan barang-barang atau perkara-perkara  keperluan.

Adakah kita berasa demikian?

Antara tanda zuhud semakin pergi
ialah apabila kita semakin hari semakin banyak melayan keinginan
pada barang-barang atau perkara-perkara kehendak.

Adakah kita berasa demikian?

Adakah zuhud kita semakin meninggi
atau semakin pergi?

Ketiadaan, kekurangan atau kehilangan zuhud
tidak hanya melanda orang-orang biasa
tapi juga melanda orang-orang yang dipandang pengetahuan agama.
Oleh itu, berawas semua!

Tazkirah Facebook 77 (Oktober 26, 2013)



Dalam sehari-hari, ada hamba-hamba Allah yang :

1.       Sentiasa mengingati Allah walau di mana dia berada.
2.       Selalu mengingati Allah walaupun tidak sentiasa.
3.       Lebih banyak mengingati Allah daripada tidak ingat.
4.       Mengingati Allah dengan tidak, sama banyak.
5.       Banyak mengingati Allah, tetapi lebih waktu yang tidak mengingatiNya.
6.       Ada juga mengingati Allah, tapi kebanyakan waktunya tidak mengingati Allah.
7.       Sangat sedikit waktunya mengingati Allah.
8.       Langsung tidak ingat akan Allah.

Kebanyakan umat Islam manusia dan jin berada pada nombor 5, 6 dan 7.
Jarang-jarang ada yang nombor 4.
Sangat sedikit yang nombor 3.
Beberapa kerat sahaja yang nombor 2.
Hampir-hampir pupus yang nombor 1.

Di manakah aku?

Tazkirah Facebook 76 (Oktober 22, 2013)



Berehat dan berhibur umat Islam...

Berehat atau berhibur setelah penat melakukan kerja-kerja agama
banyak menyumbang untuk menguatkan agama dan umat.

Buat kerja-kerja agama hanya setelah penat berehat atau berhibur
banyak menyumbang untuk melemahkan agama dan umat.

Asyik berehat atau berhibur tanpa buat kerja-kerja agama
Banyak menyumbang untuk meruntuhkan agama dan umat.

Berehat dan berhiburlah
tapi biarlah dalam keadaan menguntungkan agama dan umat Islam.