Jika
akhir-akhir ini diri kita berasa semakin jauhhhh daripada tarbiyyah, dakwah,
majlis-majlis pengajian agama, orang-orang soleh, guru-guru.......(sedangkan
dulunya kita agak/ memang rapat dengan semua itu)....... maksudnya ada sesuatu
yang tidak kena dengan kehidupan kita kini. Mari 'check' amal-amal kita...
(yang telah kita buat dan yang sedang kita buat) ....... mungkin ada
jawapanny
Sebaliknya...
jika akhir-akhir ini berasa diri semakin rapat dan erat dengan tarbiyyah,
dakwah, majlis-majlis pengajian agama, orang-orang soleh, guru-guru... maksudnya
Tuhan sedang menghalakan kita ke jalan-Nya.
Ini
salah satu cara saya bermuhasabah. Mungkin berkesan juga untuk anda.
Ambil masa dan buat renungan kendiri... ke mana dan di mana kita akhir-akhir
ini...
Tidak sekadar merenung... bertindak!
Jangan terpedaya dengan fahaman jabbariyyah…
“Apa yang Allah beri sudah tentu yang terbaik buat kita”. Kalimah sebegitu akan mendorong kita
menafikan usaha, tindakan dan tanggungjawab tanpa kita sedari, (sebab itu
pentingnya ke majlis-majlis pengajian ilmu tauhid untuk memahami penjelasan sebenar
dalam hal ini). Umumnya, Allah tak akan beri yang terbaik jika kita tidak
berusaha, tidak mengambil tindakan dan tidak mahu bertanggungjawab.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment