Gaji tahunan tidak naik, kita bising. Bonus tahunan tidak diberi, jiwa kita memberontak.
Tetapi apabila ilmu agama
kita tidak bertambah berbanding tahun lepas, kita tidak pula rasa apa-apa.
Amalan agama kita tidak meningkat, tidak pula timbul rasa tidak puas hati.
Betul kan?
Mula-mula bekerja 10 tahun
dulu gaji kita RM 900. Sekarang sudah RM 3,000. Katakanlah majikan hendak
batalkan gaji sekarang lalu beri gaji seperti 10 tahun dahulu sahaja. Mengamok
tak? Tapi ilmu agama dan amal-amal kita hari ini lebih kurang sama sahaja
dengan 10 tahun yang lalu, kalau bertambah pun sikit sahaja, tidak pula kita
berasa apa-apa. Betul kan?
Itulah kita. Kalau
keduniaan kita tidak bertambah baik berbanding hari-hari semalam, kita sangat
tidak berpuas hati. Tapi kalau keakhiratan kita tidak bertambah baik berbanding
hari-hari semalam, kita tidak berasa apa-apa pun. Astaghfirullah…….
Ingatan untuk diri…….
No comments:
Post a Comment