Di dunia ada nikmat pasangan, pelayan, makanan, minuman,
pemandangan, sungai-sungai, istana, kebun-kebun, pakaian serba mewah, haruman, perhiasan…….
Di syurga pun ada nikmat
pasangan, pelayan, makanan, minuman, pemandangan, sungai-sungai, istana,
kebun-kebun, pakaian serba mewah, haruman, perhiasan…….
Namun begitu di syurga
tidak ada nikmat berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah. Nikmat
berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah hanya ada di dunia. Sebab
itulah para pencinta Allah dan Rasul-Nya berebut-rebut untuk mengecap nikmat
berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah itu.
Namun bagi para pencinta
dunia, di dunia ini mereka HANYA menyibukkan diri berjuang, berkorban dan
bersusah-payah untuk pasangan (berkahwin/berumahtangga, pelayan (orang gaji/suruhan/pekerja),
makanan, minuman, pemandangan (hiasan rumah dan melancong), sungai-sungai,
rumah-rumah cantik lagi mewah, ladang-ladang, pakaiaan, haruman, perhiasan…..
kata orang, berjuang bersungguh-sungguh untuk ‘perut’ dan ‘bawah perut’ tetapi
meninggalkan berjuang bersungguh-sungguh untuk agama Allah.
Padahal segala
nikmat-nikmat itu ada disediakan di dalam syurga, bahkan jauh lebih hebat.
Bersabar sahajalah menantikannya. Dan sepatutnya di dunia ini kita mengejar
nikmat-nikmat yang tidak terdapat di dalam syurga…… iaitu berjuang, berkorban
dan bersusah-payah untuk Islam. Maka semestinyalah di dunia ini kita tidak
gentar dan ragu-ragu untuk berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan
Allah.
Memakan buah rambutan yang
diberi orang memang nikmat, tapi lebih nikmat lagi jika kita berusaha pergi ke
pokoknya, memetiknya dengan tangan sendiri lalu memakannya.
Persoalan : Adakah kita
termasuk dalam golongan para pejuang itu?
No comments:
Post a Comment