Ada orang bekerja,
pendapatannya untuk diri sendiri pun tidak cukup.
Ada orang bekerja, pendapatannya
cukup-cukup sahaja untuk dirinya sendiri.
Ada orang bekerja,
pendapatannya lebih, sehingga dia boleh buat simpanan.
Ada orang bekerja,
pendapatannya lebih banyak, sehinggakan dia dapat berkongsi dengan orang lain
melalui sedekahnya, hadiahnya, zakatnya, kendurinya, qurbannya…….
Jenis yang terakhir inilah
yang terbaik.
Samalah halnya dalam
menuntut ilmu agama.
Ada orang belajar, untuk
dirinya sendiri pun tidak cukup.
Ada orang belajar,
cukup-cukup untuk dirinya.
Ada orang belajar, lebih,
tetapi belum cukup untuk dikongsikan dengan orang lain.
Ada orang belajar, lebih
banyak, sehingga dia dapat berkongsi dengan orang lain, iaitu mengajarkannya.
Jenis yang terakhir inilah
yang terbaik.
Begitulah kata Imam
Al-Ghazali.
Di manakah kita?
No comments:
Post a Comment