1. Ada orang memperjuangkan dirinya sahaja.
2. Ada orang memperjuangkan orang-orang yang disayanginya.
3. Ada orang memperjuangkan keluarganya.
4. Ada orang memperjuangkan masyarakatnya.
5. Ada orang memperjuangkan negaranya.
6. Ada orang memperjuangkan agamanya.
7. Ada orang memperjuangkan umatnya.
8. Ada orang memperjuangkan sejagat.
Yang mana yang kita perjuangkan, dan yang mana yang kita
tinggalkan selama hari ini?
Kita lebih tahu diri kita.
Cukupkah sekadar kita perjuangkan nombor satu sahaja?
Cukupkah sekadar kita perjuangkan nombor satu, dua dan
tiga sahaja?
Apa akan berlaku kepada agama dan umat Islam jika semua
umat Islam hanya mahu memperjuangkan yang nombor satu sampai nombor tiga
sahaja?
Jika umat Islam lemah, kita lebih salahkan musuh. Jika
umat Islam teraniaya, kita lebih salahkan musuh. Tapi adakah kita secara aktif
menyumbang apa-apa kepada agama dan umat Islam?
tapi bukankah lebih elok kita mula dari perjuangkan no1 - 3 dahulu. bila sdh mantap, bru boleh p no. 4 n seterusnya. dan terkadang ketika kita memperjuangkan no. 1 - 3 itu turut serta juga memperjuangkan no.6. waullahuaklam.
ReplyDelete