Friday, April 4, 2014

Tazkirah Facebook 93 (Mac 28, 2014)



Bukan semua orang mahu diagamakan.
Isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut pun tidak mahu diagamakan.
Padahal suami mereka nabi-nabi.

Anggaplah ia fitrah dalam perjuangan.

Bukan semua orang suka didakwahkan.
Bukan semua orang rela dilibatkan dalam gerak kerja perjuangan.
Bukan semua orang menerima jika diberi fikir umat dan fikir iman.

Kerana hal itu memang fitrah dalam perjuangan.

Jangan putus harapan!

Bukan semua orang tidak mahu diagamakan.
Bukan semua orang tidak suka didakwahkan.
Bukan semua orang tidak  rela dilibatkan dalam gerak kerja perjuangan.
Bukan semua orang tidak menerima jika diberi fikir umat dan fikir iman.

Kita lebihkan usaha kepada mereka yang mahu
tanpa berputus asa terus terhadap mereka yang tidak mahu.

Ini juga fitrah dalam perjuangan.

No comments:

Post a Comment