Hidup
pada akhir kepada akhir zaman ini... penuh, malah berlimpahan dengan
nikmat. Banyak perkara yang orang-orang terdahulu tidak sempat
menikmatinya, tapi kita nikmati sehari-hari. Lihatlah sekeliling kita.
Nikmat
peti sejuk, pendingin hawa, televisyen, kenderaan bermotor, pesawat
terbang, komputer, kamera, elektrik, makanan pelbagai bangsa, tandas
moden, air paip, kasut sukan, telefon, lif, stesen bas... dan pelbagai
lagi.
Sepatutnya,
lagi bertambah nikmat bertambahlah kesyukuran dan ketaatan. Tetapi yang
berlaku adalah sebaliknya. Kita jadi semakin rakus mengejar keduniaan
dan sering engkar.
Dengan
pelbagai nikmat akhir zaman ini pun, kita masih sering mengeluh, masih
berasa banyak yang kurang. Maka terkejar-kejarlah kita dari satu nikmat
ke satu nikmat. Padahal nikmat-nikmat yang sudah sedia ada pun kita
tidak terfikir untuk mensyukurinya.
Bagi
ahli-ahli sufi, dunia ini pun sudah seakan syurga. Terlalu banyak
nikmat yang kita kecapi sehari-hari. Kita tidak menyedarinya kerana kita
jenis yang tidak tahu bersyukur.
Nikmat
memandang, menghirup udara, merasa jenis-jenis makanan, bersuara dan
berbual, mendengar, berkenal-kenalan, berkeluarga, berkasih sayang,
tidur, buang air, senyum tawa, kenyang...
Ya
Allah... alangkah banyaknya nikmat yang sudah Engkau hadiahkan kepada
kami selama ini. Ampunkan kami ya Allah, atas sikap kami yang sangat
kurang bersyukur.